Events
RM35.00
ASMAH HAJI OMAR Za'ba Ahli Fikir dan Ahli Bahasa | Biografi (DBP)
Price RM35.00
Product SKU 9789834611507
Brand DBP
Size (L x W x H) 24 cm x 18 cm x 4 cm
Availability 1
Quantity
Description

Pengarang: Asmah Haji Omar

Zaba pernah berkata, Pekerjaan yang saya gemar sekali ialah mengarang, menulis. Kerjayanya sebagai guru dan pegawai pelajaran menjadikan Zaba ahli bahasa Melayu ulung yang meletakkan peraturan-peraturan asas dalam dunia nahu dan fonologi (melalui ejaan Jawi dan Rumi) Melayu. Kupasannya yang mendalam mengenai gejala-gejala masyarakat serta sikap dan perilaku manusia di dalamnya berlandaskan konsep-konsep yang tersimpul dalam kata dan ungkapan yang ada dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Arab. Buku ini menelusuri pertumbuhan dan perkembangan kegemarannya itu sejak beliau masih kanak-kanak lagi hinggalah beliau menghasilkan karya-karya yang unggul dalam bentuk buku dan makalah.

Kandungan:

1. Keluarga, Pendidikan, Kerjaya
2. Watak dan Nilai Murni
3. Hasil Penulisan
4. Teras Perjuangan
5. Kelainan Bahasa
6. Pendekatan Menganalisis Bahasa
7. Tulisan Jawi
8. Seni Mengarang dan Retorika
9. Taqdir (Sukatan Azali)
10. Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri
11. Menuju Akhlak Mulia
12. Kata Penamat