Events
RM35.00
AHMAD RIZAL | SHAMSUL BAHRI BAHARUDDIN Glosari Latin Melayu (UKM)
Price RM35.00
Product SKU 9789674128456
Brand Penerbit UKM
Availability
Description

Bahasa latin adalah antara bahasa tertua dalam dunia. Ia pernah menjadi lingua franca dan dinobatkan sebagai bahasa rasmi kerajaan Rom. Kini ia dipertuturkan oleh sebahagian kecil sahaja penduduk eropah khususnya mereka yang terlibat dengan urusan rasmi dokumentasi manuskrip lama di gereja dan perpustakaan. Bahasa latin dianggap sebagai asas dan sumber kepada bahasa Inggeris. Ribuan perkataan dari bahasa Inggeris mempunyai akar kata dari Latin, khususnya perkataan yang menjadinsumber kepada istilah sains dan perubatan dalam bahasa Inggeris. Justeru apabila istilah Inggeris ini diserapkan ke dalam Melayu, akar kata Latin tetap kekal walaupun dalam istilah Melayu. Buku ini boleh membantu pembaca memahami dan menguasai akar kata Latin secara kendiri. Buku ini mudah dibaca oleh semua golongan masyarakat kerana bahasanya mudah selain isi yang menarik, serta wajar menjadi buku rujukan bahasa dan linguistik.